TUTORIAL SELUAR SLACK WANITA


Assalamualaikum semua, harini saya ada nak kongsi satu tutorial lengkap insha Allah untuk anda semua. Harapnya perkongsian kali ini menjadi antara ilmu dan manfaat untuk anda semua.

Harini saya nak share beberapa langkah mungkin agak panjang tapi insha Allah berbaloi sekiranya anda nak belajar iaitu Tutorial Seluar Slack Wanita. Sebelum ni kita pernah ajar Jahitan Pocket dekat seluar slack, so ilmu tu korang boleh gabungkan untuk tutorial kalini.



First sekali, ini Pola bahagian Hadapan ya, tengok betul-betul dan pastikan tak salah catit. Bahagian pinggang tu nak buat 2 dart di depan ya.


Yang ini pula Pola Bahagian Belakang. Pinggang belakang satu je dart dia dan cawat tu nak sedap ukur dulu di badan sendiri dari pusat sampai ke pinggang belakang. Jangan lajak sangat, agak-agak. 

*BL 1.5", LK 2" = Total 3.5", nak tambah 1'' lagi pun boleh untuk badan besar.


pss.... Ni ukuran saya dan contoh lakaran saya, buat siap-siap nanti senang kalau nak buat baru.

  

Depends pada jenis kain yang korang guna tapi yang jenis kain saya guna agak sukar sedikit, so saya buat pola pada kertas minyak. Ikut saja macam yang korang dah lakar sebelum ni, kiri adalah Pola Hadapan dan Kanan adalah Pola Belakang.


Okay, letak atas kain macam ni, kain bidang 60", lipat dua ikut ira, kain 1.25m kalau rendah dan lebihkan lagi panjang kain kalau pinggang besar atau labuh seluar lebih 39". Kalau 45", kena letak lawan ira kain 2m atau lebih, tengok punggung besar mana ya.


Ni keadaan bila dah potong, basi tu saya buat belah cawat 1", dan tepi pinggang tu 1/2", depends laa macam mana korang nak.


Ni saya dah potong untuk kain seluar, pinggang dan poket ya.


Ini pula fly depan, ukuran bergantung pada panjang zip korang. Yang saya guna ialah 1.5"


Okay, ni seluar depan. Dekat bahagian cawat ni, tanda berapa panjang zip di bahagian besi tu ye. Tanda paras itu.


Jahit 2 keping seluar depan ni di bahagian bertanda dan jangan jahit sampai habis ya. Tinggalkan bahagian basi tu dan macam saya, saya tinggalkan basi 1".


Dah siap jahit depan tu, bukak dan gosok, teliti betul-betul. Belah kiri gosok basi 1" dan kanan 1/2". 
Kalau basi korang 1/2", sebelah kiri 1/2" dan satu lagi 1/4". 


Ini hasilnya yang saya katakan tadi. Tengok betul-betul, bila kita selisihkan kedua-dua basi dengan ukuran 1" dan 1/2", gosok nampak cantik je kan ? Gambar kanan tu bila dah buka dua-dua belah.


Taraaa !! Ini lah hasil bila kira iron pada ukuran basi yang berbeza. Cantik dan kemaskan ??


Okay, dah boleh dah jahit fly pula. Ikut garisan yang kita dah gosok tadi ya. Gambar kanan bila dah siap. Zip ke dalam sedikit.


Okay, jahit macam ni di bahagian depan, sampai situ sahaja. Nanti dah siap seluar, jahit bentuk segitiga di hujung tu, matikan jahitan sampai ke tengah-tengah cawat. Step tu buat bila kita dah cantum dengan seluar belakang ya


Selepas itu, jahit dart, depan 2. total 1.5", so bahagilah 4 tanda dan jahit. Kita dah explain awal-awal tadi yang kita akan buat dua dart pada bahagian depan.


Dan bahagian belakang kita dah cakap kita buat 1 dart sahaja. Buat bentuk kun macam ni.


Nak buat poket pula, tanda atas tu 1.5" dan bukaan poket 5.5" ya.


Okay jahit pada bahagian bertanda tu dan matikan jahitan. Bahagian bukaan poket jahit kasar ya, jahit terus sampai hujung kaki / seluar.


Untuk pastikan sesuatu jahitan tu menjadi atau tidak, tiada kedutan pada jahitan, kena gosok !! 


Tetas di bahagian bukaan poket. Korang tak tetas, takde poket lah seluar korang nanti. huhu. Okay, gambar kanan rupa bila poket dah ditetas.


Ambil poket letak di selua bahagian depan macam ni dan jahit ikut pada yang kita dah gosok tu.


Nampak tak rupa bila dah jahit ni ?? Lepas tu, tindih pula, buat macam gambar kanan tu ya.


Gambar kiri adalah bahagian dalam. Selepas tu, letak pula poket tu pada bahagian satu lagi iaitu di bahagian seluar belakang dan jahit. (rujuk gambar kanan)


Okay, jahit pula bawah poket biar tutup. Kang tercicir duit atau barang-barang korang, jangan pula kata "hari tu rujuk tutorial macam takde suruh jahit". Dah, kita pula yang salah, huhu !


Ni step cantum dari kaki sampai cawat, lepas tu sambung pula cawat dia ya.

* Mulakan jahit, jahit sikit-sikit dahulu lepas tu samakan hujung satu lagi dan make sure tarik bagi sama dari kaki ke cawat. Pin mana-mana bahagian baru jahit sampai habis.


Siap sudah part cantum. Lepas tu jahitlah bahagian kain pinggang. Tengah cawat tu jangan lupa ya jahit segitiga di hujung fly tu sampai simpang empat tengah2 cawat tu. Eh ! Ada pula simpang empat. hihi.


Dah siap sambung kain pinggang tu, letak pula kain pengeras. Saya suka lipat bahagian hujung macam ni lepas tu lipat pula kain tu bagi ngam-ngam masuk ya.


Haaa, macam ni lah hasilnya dan lepas tu jahit keliling sampai habis.


Gambar kiri ni, belah dalam saya jahit berlidah macam tu sebab nak letak butang. 
Alhamdulillah, siap dah (rujuk gambar kiri)


Part last ni dan tahniah ! Anda telah berjaya belajar menjahit Seluar Slack wanita. hihi ! Jahit cangkuk dan butang, kang terlondeh pula bila pakai. Hehe, dan pastikan korang gosok bagi kemas ya.

* Kredit Shima Harun. (semoga dihalalkan ilmu yang pernah dikongsikan dulu)

Anda berminat untuk sertai kelas belajar jahit bersama Pereka Fesyen kami ??

Cara mudah untuk mengetahu details lebih lanjut:

☎ CALL / SMS : +6016-3720578
📞 WHATSAPP : Kelas Belajar Jahit
📧 EMAIL : kaylarafycreation@gmail.com

DAFTAR SEKARANG !! Kami akan bantu anda untuk memahami dan mempelajari bidang jahitan dengan sehabis baik.

Comments