JENIS-JENIS FABRIK UNTUK BAJU PERKAHWINAN


Assalamualaikum semua, harini saya nak share sikit beberapa ilmu jahit yang mungkin anda boleh gunakan dikemudian hari. Kadang tak ramai bakal-bakal pengantin yang tahu jenis kain macam mana yang sesuai untuk mereka, kadang ada yang main beli je kain sekali tak kena langsung dengan mereka. 

Jadi, harapnya sharing kali ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua. Insha Allah, selamat membaca !!

1. Kain Chiffon 

Diperbuat daripada sutera, kapas dan sintetik fiber. Chiffon mempunyai tekstur yang lembut, beralun dan ringan. Oleh kerana sifatnya yang tembus cahaya biasanya chiffon dilapis dengan kain lining sama ada kain satin. Chiffon juga terbaik digunakan pada musim atau cuaca panas.



2. Kain Sutera 

Kain sutera adalah kain jenis lembut, sejuk dan berkilat. Jarang pengantin mengunakan kain dari jenis sutera untuk digayakan pada hari persandingan. Kebiasaannya digunakan semasa akad nikah. Kain sutera yang nipis tidak sesuai dipakai oleh pengantin yang bersaiz besar kerana ianya menampakkan lagi bentuk badan anda.


3. Kain Organza 

Diperbuat daripada sutera dan harganya agak mahal kerana tenunanya yang sukar dan nipis. 
Namun kebanyakan organza moden diperbuat daripada bahan sintetik seperti polyester atau nilon bagi memberi peluang kepada yang kurang mampu untuk mencuba kain organza. Biasanya digunakan pada pakaian pengantin 



4. Kain Satin 

Diperbuat daripada serat sintetik apabila terkena cahaya akan menampakkan ianya berkilau dan cantik. Kain ini mempunyai perbezaan antara depan dan belakang kain. Ianya mempunyai kilauan di bahagian depan dan bahagian dalamnya kusam. Ianya amat selsa dan sesuai untuk pengantin yang bersaiz besar. 


5. Kain Songket

Kain songket menggunakan teknik tenunan, di mana benang emas ditenun antara benanag sutera pada kain latar. Kain yang dikenali kain yang mewah dan mahal menggambarkan struktur sosial dikalangan bangsawan Melayu. Ada banyak potongan dan teknik jahitan untuk membentuk baju kahwin yang lebih moden dengan menggunakan kain songket. Terdapat beberapa jenis kain tenun  songket yang ada iaitu :

* Songket Bunga Penuh 


* Songket Bunga Tabur.


* Songket Jalur Berdiri.


* Songket Pucuk Rebung. 


* Songket Jalur Melintang.


* Songket Tapak Catur.



6. Kain Lace

Kebiasaannya kain lace sering digabungkan dengan kain chiffon, satin , sutera atau songket. Kain ini akan membuat pengantin nampak lebih menawan kerana ia mampu menutup kawasan yang bermasalah dengan cekap dan menarik. Ianya akan nampak lebih indah dengan penambahan manik pada lace. 



Cara Mudah untuk mengetahui details lanjut:-

2. Panggilan Telefon: 016-3720578
3. Email: kaylarafycreation@gmail.com


Menempah atau Sewa Sekarang !! Hubungi Team Khidmat Pelanggan kami hari ini untuk mendapatkan info-info berkenaan baju pengantin, kelas, benang dan lain-lain

Comments