Beberapa harini admin sibuk dengan hal penjualan benang yang
semakin meningkat order dari pelanggan sampai tak sempat nak share tips-tips
untuk anda. Petang ni, admin nak share beberapa tips mengenai cara-cara
mengendalikan mesin jahit bagi mengelakkan benang putus.
1. Benang jahit bahagian atas selalu putus
Antara penyebab ia terjadi disebabkan benang jahit
tersangkut mengakibatkan ketika kita menjahit pada arah lawan. Sebab kedua
ialah pemasangan jarum jahit yang terlalu kebawah dan menyebabkan tegangan
benang terlalu besar dan mudah putus. Terakhir ialah benang terlalu kasar atau
terlalu halus, tidak sesuai dengan jenis kain yang dijahit .
Jalan penyelesaian:
- Pastikan putaran roda mesin tidak terbalik walaupun cuma
sekejap
- Pastikan kedudukan jarum mesin jahit berada ditempatnya
(tidak terlalu tinggi atau rendah)
- Pastikan saiz yang digunakan bagi jarum mahupun benang
sesuai dengan kain yang ingin dijahit.
2. Benang bahagian bawah selalu putus
Antara sebab kenapa benang bawah selalu putus ialah
penggulungan yang tidak rapi, tegangan pada sekoci terlalu besar atau
jalur benang tidak sempurna pada sekoci dan banyak lagi.
Jalan penyelesaian:
- Periksa terlebih dahulu pemasangan benang pada sekoci dan
apabila ditarik pastikan arag putaran berlawanan dengan jam.
- Pastikan benang bahagian bawah sudah terpasang dengan
betul pada sekoci.
3. Hasil jahitan kendur / longgar
Hasil jahitan yang longgar terjadi kerana benang pada
bahagian atas atau bawah tidak seimbang.
Jalan penyelesaian:
- Pastikan benang atas dan bawah mempunyai tegangan yang seimbang
- Pastikan benang atas atau bawah dipasang tidak terlalu
kendur atau tegang yang boleh mengakibatkan hasil jahitan tidak cantik.
4. Kain hasil jahitan tidak elok
Ini disebabkan oleh tegangan benang yang terlalu kuat, ada
kesalahan dalam pemasangan benang bawah. Jika ketegangan pada benang atas dan
bawah sudah seimbang tetapi ia ditarik dengan begitu kuat boleh mengakibatkan
kain hasil jahitan berkedut-kedut sepanjang jahitan dijalankan.
Jalan penyelesaian:
- Periksa semula sekoci mesin, pastikan kedudukan benang
bahagian bawah tidak terlalu tegang tarikannya.
- Pusingkan ke kiri pengatur ketegangan benang bahagian atas
sampai keseimbanagn benang selari dengan benang bahagian bawah.
5. Mesin tidak lancar bergerak
Penyebab berlakunya perkara ini adalah kerana mesin jahit
kering dan kurang diletakkan minyak padanya atau terdapat sisa-sisa benang yang
tersangkut pada mesin menyebabkan mesin sukar bergerak. Selain itu, mungkin
disebabkan habuk atau saki-baki kain yang terlekat pada gigi mesin.
Jalan penyelesaian:
- Bersihkan mesin jahit dari saki-baki kain dan benang yang
tertinggal pada gigi mesin
- Letakkan minyak pada throat plate dengan minyak yang
berkualiti.
- Jangan lupa untuk meletakkan minyak pada bahagian mesin
yang memberi geserean sewaktu mesin digunakan.
Anda berminat untuk membeli benang jahut murah??
Car Mudah untuk membuat pembelian dengan kami :-
1. Whatsapp: Benang Jahit
2. Panggilan Telefon: 016-3720578
3. Email: kaylarafycreation@gmail.com
Daftar Sekarang! Hubungi Team Khidmat Pelanggan kami hari ini untuk mendapatkan info-info berkenaan kelas, benang dan lain-lain
Comments
Post a Comment