TIPS MENJAHIT LYCRA TANPA MENUKAR TAPAK MESIN INDUSTRI


Mesti ramai yang tak tahu cara sebenar untuk menjahit kain lycra tanpa perlu menukar tapak dan sebagainya. Ada yang cakap kena guna jarum emas la, tukar tapak lain la. Sebenarnya tak perlu pun kalau anda tahu cara untuk adjust mesin anda.

1) JARUM

Ramai yang ingat kena tukar jarum mas / emas jarum untuk jahit lycra. Sebenarna jarum ini hanya untuk mesin jahit portable sahaja. Mesin jahit industri memang tak perlu pun jarum ni. Cuma gunakan jarum saiz 11 dah okay, NAMUN bergantung pada ketebalan kain. Lagi tebal kain, lagi besar saiz kena guna, contoh Jarum saiz 13.

2) KETEGANGAN BENANG

Anda boleh adjust ketegangan benang. Fabrik lycra adalah fabrik yang mudah diregang, jadi ketatkan ketegangan benang dengan memulas ke arah jam jika mata jahitan asal melompat-lompat atau longgar. Berbeza dengan fabrik biasa seperti cotton, poly dll, Fabrik Lycra memerlukan tegagan benang yang lebih untuk mencengkam fabrik. Adjustment ni perlu dibuat secara sedikit demi sedikit sehingga mendapat mata jahitan yang dikehendaki. Jika mata jahitan terlampau rapat dan tegang, pulaskan ke arah lawan jam.

3) MATA JAHITAN

Mata jahitan jangan terlampau kecil seperti 2 atau kurang, guna saiz 2.5 atau 3 untuk dapatkan hasil yang lebih cantik.

Ini sahaja perkongsian untuk hari ini, semoga ia bermanfaat untuk anda semua.

Kredit: Ida Ismail

Anda berminat untuk sertai kelas belajar jahit bersama Pereka Fesyen kami ??

Cara mudah untuk mengetahu details lebih lanjut:

☎ CALL / SMS : +6016-3720578
📞 WHATSAPP : Kelas Belajar Jahit
📧 EMAIL : kaylarafycreation@gmail.com

DAFTAR SEKARANG !! Kami akan bantu anda untuk memahami dan mempelajari bidang jahitan dengan sehabis baik.

Comments