JENIS-JENIS TAPAK FAVOURITE TAILOR versi HIGH SPEED


Hi, selamat petang semua ! Harini saya nak share kelainan sikit. Selalu share tentang kain fabrik, benang dan tips sahaja kan ? Kalini saya nak share tentang jenis-jenis tapak mesin pula versi High Speed yang menjadi antara kegemaran Tukang Jahit. Betul ke tak ??

1) Tapak Zip Biasa (Kanan)


Untuk pengetahuan korang semua, tapak jenis ni ada kiri dan kanan. Kalau korang lihat, saiznya separuh tapak sahaja. Ia sesuai digunakan untuk jahit zip biasa dan piping je tau. Jangan memandai guna untuk jahit benda lain pula. Huhu !

2) Tapak Zip Sorok (with guide)


Lah ? Dah kenapa pulak tapak pun nak ada guide bagai. Guide tu apa ? Haaa. korang nampak kat bahagian tapak tu ada besi terjojol ke depan tu ? Itu lah besi yang memudahkan kerja korang dan bantu korang untuk jahit sorok dengan lebih cantik dan kemas.

3) Tapak Kedut Boleh Laras


Tapak jenis ni sesuai digunakan untuk korang yang nak jahit kain seperti nak buat skirt, kain meja dan sebagainya. Di belakang tapak ada skru untuk dilaraskan kedudukan sama ada nk jarang atau rapat. Pastikan anda gunakan jahitan paling kasar. 

4) Tapak Babyseam


Alaa, cakap pasal tapak jenis babyseam ni mestilah ramai dah tahu apa fungsi dia. Malahan, memang mudahkan urusan jahit kita. Tapi, untuk anda yang kurang atau tak familiar dengan tapak ni, ia biasanya digunakan untuk kemasan shawl dan hujung baju.

5) Tapak Lurus Kecil


Tak semua jenis tapak sesuai untuk semua jenis jahitan, disebabkan itu lah terdapat pelbagai jenis tapak yang direka khas untuk sesuatu jenis jahitan bagi memudahkan urusan anda menyiapkan tempahan pelanggan. Tapak mesin jahit ini biasanya digunakan untuk jahit pada bahagian kain yang sempit dan kecil.

Baiklah, itu sahaja perkongsian kali ini. Sekiranya anda ingin menambah, bertanya soalan atau memberi pandangan, jangn lupa komen !!
Anda berminat untuk sertai kelas belajar jahit bersama Pereka Fesyen kami ??

Cara mudah untuk mengetahu details lebih lanjut:

☎ CALL / SMS : +6016-3720578
📞 WHATSAPP : Kelas Belajar Jahit
📧 EMAIL : kaylarafycreation@gmail.com

DAFTAR SEKARANG !! Kami akan bantu anda untuk memahami dan mempelajari bidang jahitan dengan sehabis baik.

Comments

  1. numpang promote ya min ^^
    buat kamu yang lagi bosan dan ingin mengisi waktu luang dengan menambah penghasilan yuk gabung di di situs kami www.fanspoker.com
    kesempatan menang lebih besar yakin ngak nyesel deh ^^,di tunggu ya.
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum sis, tapak 3&4 boleh guna utk mesin portable x?

    ReplyDelete

Post a Comment