4 TIPS NAK LETAK NAMA BRAND PADA LABELS


Assalamualaikum semua, rasa macam lama saya tak share ilmu-ilmu menjahit dekat blog ni. Kekangan masa siapkan Tempahan Baju Pengantin sampai lupa nak update. Huhu !

Bila cakap pasal brand ni, semua orang terutama tukang jahit teringi nak ada jenama sendiri, jenama dari hasil menjahit siang malam sampai tak tidur untuk siapkan tempahan pelanggan. Bila cakap pasal brand, terus je nak tempah dan cari orang yang boleh buat labels pada baju. Tapi, sebenarnya ada tips untuk pemilihan nama brand pada labels baju anda tau !!

🌸 Jika anda bukan seorang Tukang Jahit (yang nak buat butik collection), cuba check terlebih dahulu di Google sama ada "nama brand" yang anda mahukan tu, dah ada orang lain yang guna atau belum. Jika belum, anda boleh proceed. Jika sudah ada, jangan sesekali buat. Tak best tau nama sama, customer akan confuse. Dalam masa sama, kira kita copyright orang punya hasil.

🌸 Jika anda sudah menjadi seorang Tukang Jahit dan sudah mempunyai customer tetap serta orang percaya service anda, digalakkan letak nama yang orang mudah ingat.

🌸 Jangan lupa letak nama yang bagi anda semangat. Punca kenapa anda tetap tekad untuk meneruskan karier anda dalam bidang jahitan. Ada orag letak nama sendiri, kerana andalah orang yang bersungguh membangunkan bisnes anda sendiri dll.

🌸 Pilihlah nama yang "catchy" - Unik dan senang untuk customer ingat. Contoh, Kaylarafy Creation

Sebelum anda decide untuk buat labels bagi jenama baju anda sendiri, pastikan anda tahu sebab kenapa anda nak sangat buat, dah buat research dan bukan kerana terikut-ikut dengan kawan tailors disekeliling.

Anda berminat untuk sertai kelas belajar jahit bersama Pereka Fesyen kami ??

Cara mudah untuk mengetahu details lebih lanjut:

☎ CALL / SMS : +6016-3720578
📞 WHATSAPP : Kelas Belajar Jahit
📧 EMAIL : kaylarafycreation@gmail.com

DAFTAR SEKARANG !! Kami akan bantu anda untuk memahami dan mempelajari bidang jahitan dengan sehabis baik.

Comments