4 JAHITAN TANGAN YANG BOLEH DILAKUKAN PADA BAJU



1) Jahitan Kia 
     - kegunaan untuk menyambung kain bagi mengantikan mesin jahit.
   
     Langkah:

            -          Mulakan jahitan dari kanan ke kiri.
            -          Cucuk jarum pada A dan keluarkan pada jarum B.


-          Cucuk jarum lagi sekali pada A dan keluarkan pada B.


-          cucuk jarum pada A dan keluarkan pada C.


-          kemudian cucuk jarum ke B dan keluarkan pada D dengan jarak yang sama.
-          jahit dengan cara yang sama sehingga penghujung jahitan.
-          Matikan jahitan dengan jahitan kia sebanyak dua kali.


2) Jahitan silang pangkah
     - Jahitan tersebut digunakan  pada kelepet, lipatan atau mengemas kain tepi ia dinamakan jahitan
pengemas.

     Langkah: 


-          Jahit kiri dan kanan.
-          Mulakan dengan jahitan kia.
-          Masukkan jarum pada A dan keluarkan pada B dengan jarak.


-          Masukkan jarum kedalam lipatan pada C dan keluarkan pada D .
-          Jahit berulang kali dengan cara yang sama smpai enhujung jahitan.
-          Matikan dengan jahitan kia.


3) Jahitan Insang Pari 
    - Kegunaan untuk mengemas tepi kain atau basi kain. Selain itu, untuk menjahit rumah butang tersirat atau bergelung untuk butang cankuk dan boleh jahit sebagai jahitan perhiasan.

    Langkah:


-          Jahit dari kiri dan kanan.
-          Masukkan jarum kepada lapisan belakang kain.


-          Kemudian masukkan jarum pada bahagian depan dan dikeluarkan pada lapisan belkang.


-          Letak benang di bawah hujung jarum dan tarik benang menghala ke arah penjahit.
-          Jahit berulang kali dengan cara yang sama smpai enhujung jahitan.
-          Matikan jahitan dengan beberapa jelujur halus menegak di sebelah kanan mata jahitan   insang pari yang akhir.



4) Jahitan Lilit Ubi 
    - Kegunaan untuk menyambung 2 keping fabric.

    Langkah:


-          Mulakan jahit dari kanan ke kiri.
-          Cucuk jarum pada B dari bawah ke atas.


 -          Kemudian cucuk jarum pada A. 



-          Selepas itu, cucuk jarum menegak tepat pada tepi kain dan menghalakan ke arah C.
-          Mata jahitan mesti rapat untuk mengelakkan alur daripada terjadi.
-          Bentuk mata jahitan serong.



Anda berminat untuk sertai kelas belajar jahit bersama Pereka Fesyen kami ??

Cara mudah untuk mengetahu details lebih lanjut:

☎ CALL / SMS : +6016-3720578
📞 WHATSAPP : Kelas Belajar Jahit
📧 EMAIL : kaylarafycreation@gmail.com

DAFTAR SEKARANG !! Kami akan bantu anda untuk memahami dan mempelajari bidang jahitan dengan sehabis baik.

Comments

  1. numpang promote ya min ^^
    buat kamu yang lagi bosan dan ingin mengisi waktu luang dengan menambah penghasilan yuk gabung di di situs kami www.fanspoker.com
    kesempatan menang lebih besar yakin ngak nyesel deh ^^,di tunggu ya.
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete

Post a Comment