Dah lama rasanya saya tak berkongsi ilmu-ilmu jahitan dengan korang. Alhamdulillah, harini berkesempatan untuk berkongsi serba sedikit ilmu baharu berkaitan kain langsir iaitu kain "BLACKOUT".
Kenapa kain "blackout"?? Ini kerana kain ini adalah langsir yang diperbuat daripada tekstil jenis blackout bersifat berat, lembut dan beralun. Ia juga ditenun rapat dengan menggunakan benang hitam agar cahaya tidak boleh tembus masuk.
Kain ini juga menghalang cahaya, panas matahari dan bunyi kerana ketebalannya. Oeh sebab sifatnya yang sagat tebal, kain ini banyak digunakan di hotel, dewan, ruang tamu dan sebagainya.
Disebabkan itu, saya ingin kongsikan beberapa info bagus berkenaan Kain Blackout ni :
1. Tebal dan Berat
Material yang tebal dan berat akan menyebabkan langsir ini nampak cantik bila digantung, apabila jatuh ke bawah akan nampak beralun dan kemas serta susah untuk ia melayang kerana kainnya yang berat.
2. Ilusi Mewah
Dengan ketebalan dan kelembutan kualiti kainnya, ia memberi ilusi mewah. Jatuhan yang cantik beralun dan warna yang pelbagai membuatkan kain ini tampak ekslusif dan sesuai digunakan pada setiap jenis rumah.
3. Menghalang Cahaya dan Panas Matahari
Sifatnya yang tebal dengan tenunan yang rapat, ia dapat menghalang matahari dari menembusi ke dalam ruang rumah dan cahaya lampu dari dalam rumah ke luar. Selain itu, kain ini juga menghalang haba panas matahari masuk dalam rumah. Sekiranya kawasan tingkap terdedah secara terus dari cahaya matahari, adalah disarankan menggunakan langsir jenis ini.
4. Menghalang Bunyi Bising
Ketebalan kain jenis ini mampu menghalang 40% suara dan bunyi bising dari luar ke dalam rumah.
5. Tahan Lama dan Mudah Diuruskan
Walaupun harganya lebih mahal dari kain biasa, tapi hayat penggunaannya lebih lama. Ia tidak mudah luntur atau reput walaupun dipasang secara terus dan terdedah pada matahari. Kain ini mudah dibersihkan kerana sifatnya yang tebal dan habuk juga tidak mudah terperangkap.
MACAM MANA CARA NAK KENALI KAIN JENIS "BLACKOUT"??
1 Terdapat benang warna hitam pada kepala kain.
2 Letakkan cahaya handphone pada bawah kain, sekiranya cahaya dari handphone tidak tembus, maka ianya adalah blackout.
Baiklah, itu sahaja perkongsian saya untuk hari ini. Semoga bermanfaat untuk anda yang membaca.
Anda berminat untuk sertai kelas belajar jahit bersama Pereka Fesyen kami ??
Cara mudah untuk mengetahu details lebih lanjut:
☎ CALL / SMS : +6016-3720578
📞 WHATSAPP : Kelas Belajar Jahit
📧 EMAIL : kaylarafycreation@gmail.com
DAFTAR SEKARANG !! Kami akan bantu anda untuk memahami dan mempelajari bidang jahitan dengan sehabis baik.
numpang promote ya min ^^
ReplyDeletebuat kamu yang lagi bosan dan ingin mengisi waktu luang dengan menambah penghasilan yuk gabung di di situs kami www.fanspoker.com
kesempatan menang lebih besar yakin ngak nyesel deh ^^,di tunggu ya.
|| WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||