KELENGKAPAN ASAS DALAM MENJAHIT


1) Pensil / Pen dan Kertas

Ia sangat penting dalam membuta lakaran produk yang anda ingin hasilkan. Bukan untuk lakaran sahaja, malah digunakan sebagai alatan untuk membuat pola jahitan. Kertas pula untuk apa ?

Boleh guna sebagai contoh guna kertas minyak atau apa saja jenis kertas bersesuaian, malah surat khabar pun boleh untuk buat pola. Fungsi pola adalah untuk memudahkan anda memotong kain yang dihasilkan mengikut saiz yang anda perlukan.

2) Alat Ukur

Alat ukur disini bermaksud pembaris mahupun pita ukur. Garisan lurus tidak dapat dihasilkan dengan baik jika melakar menggunakan free hands, tetapi jika menggunakan pembaris pasti hasilnya lebih kemas dan memuaskan.

Namun, harus diingatkan walaupun terdapat pelbagai bentuk pembaris untuk pola dipasaran, ia tidak sepenuhnya memainkan peranan kerana hanya menggunkan pembaris lurus juga anda boleh berkarya. Selain itu, pita ukur adalah untuk memudahkan membuat ukuran pada badan seseorang atau sesuatu produk.

3) Alat Pemotong

Gunting kain, gunting kertas, penetas dan macam-macam jenis gunting adalah jenis alat pemotong yang digunakan dalam bidang jahitan. Tips yang boleh saya berikan ialah jangan sesekali guna satu gunting untuk pelbagai jenis kerja. Ini kerana, ia akan menyebabkan gunting cepat rosak dan mudah tumpul. Gunting akan tahan lebih lama sekiranya digunakan untuk satu fungsi sahaja.

4) Penanda Kain

Penanda kain antara alat untuk membuat atau menanda diatas permukaan kain. Cara menggunakannya adalah membuat lakaran atau tanda pada kain dengan tidak terlalu pekat atau tebal , yang pasti andai anda dapat melihat tanda tersebut sudah mencukupi.

Ini kerana tandaan yang tidak tebal akan memudahkan ianya tanggal dan hilang pada permukaan kerana. Terdapat pelbagai jenis penanda kain seperti kapur jahit, pense kapur dan lain-lain.

5) Benang Jahit

Boleh ke menjahit tapi tak ada benang ???? Ishhhh. Takkan jadi lah sesuatu pakaian tu tanpa benang. Benang adalah alatan penting dalam menjahit. Ini kerana untuk menghasilkan penyatuaan antara kain dengan kain memerlukan benang jahit.

Pemilihan benang yang kuat dan tidak mudah putus juga merupakan proses penting dalam menghasilkan jahitan yang terbaik.

6) Mesin Jahit

Bukan benang sahaja yang penting pada tukang jahit, mesin jahit juga antara peralatan yang mereka perlu ada. Terdapat pelbagai jenis mesin jahit seperti mesin jahit tepi dan mesin jahit standard.

Untuk beginner dalam bidang jahitan, saya cadangkan anda belajar menjahit terlebih dahulu, sekiranya sudah mahir guna mesin jahit, bolehlah beli mesin jahit portable sekiranya sudah mampu.

7) Jarum Jahit

Terdapat pelbagai jenis jarum yang boleh dijumpai. Tetapi, antara jarum yang kerap digunakan adalah jarum khusus untuk mesin jahit iaitu jarum bersaiz 9-14. Jarum tangan juga antara jarum yang kita selalu guna secara manual menggunakan tangan untuk menghasilkan jahitan. Akhir sekali, jarum peniti. Ia biasa digunakan pada kain yang berlapis bagi membantu kain tidak bergerak dan memudahkan kita untuk menjahit

Itu sahaja sedikit sebanyak alatan menjahit yang asas yang perlu kita sediakan untuk menjahit. Semoga sedikit sebanyak membantu anda semua.

Anda berminat untuk sertai kelas belajar jahit bersama Pereka Fesyen kami ??

Cara mudah untuk mengetahu details lebih lanjut:

☎ CALL / SMS : +6016-3720578
📞 WHATSAPP : Kelas Belajar Jahit
📧 EMAIL : kaylarafycreation@gmail.com

DAFTAR SEKARANG !! Kami akan bantu anda untuk memahami dan mempelajari bidang jahitan dengan sehabis baik.

Comments

  1. numpang promote ya min ^^
    buat kamu yang lagi bosan dan ingin mengisi waktu luang dengan menambah penghasilan yuk gabung di di situs kami www.fanspoker.com
    kesempatan menang lebih besar yakin ngak nyesel deh ^^,di tunggu ya.
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete

Post a Comment