JENIS-JENIS GUNTING JAHIT DAN KEGUNAANNYA


Assalamualaikum dan selamat petang semua! Harini saya nak berkongsi sikit jenis-jenis gunting dang kegunaannya. Kebiasaan, setiap gunting ni pasti dimiliki oleh TUKANG JAHIT sebab ia memudahkan kerja mereka. Namun, ada juga yang gunakan gunting yang sama untuk kegunaan berbeza. 

Oleh itu, saya nak senaraikan 4 JENIS GUNTING JAHIT berserta FUNGSINYA.


A) Gunting Kain

✂ Digunakan untuk menggunting kain fabrik sahaja
✂ Diperbuat daripada keluli tahan karat
✂ Panjang yang biasa digunakan oleh Tukang Jahit ialah 20cm

B) Gunting Sulam

✂ Digunakan untuk kerja sulam menyulam

C) Gunting Gerigi 

✂ Gunting bergerigi (pinking shears) mempunyai mata gerigi berbentuk pucuk rebung
✂ Digunakan untuk menggunting tepi kain fabrik dan mengelakkannya daripada berjerumbai

D) Gunting Snipper

✂ Kebiasaan digunakan untuk snip kain terutama ketika hendak menjahit lengkuk
✂ Kadang kala boleh digunakan untuk memotong benang.

Itu sahaja perkongsian untuk hari ini. Semoga bermanfaat ! Adakah senarai gunting yang saya beri ni ada yang anda gunakan atau anda memiliki keempat-empat gunting tersebut??

Anda berminat nak tahu benang jenis apa dan berapa harga??

Cara Mudah untuk mengetahui details lanjut atau nak membuat pembelian:-

1. Whatsapp: Benang Jahit Murah
2. Panggilan Telefon: 016-3720578
3. Email: kaylarafycreation@gmail.com

Beli Sekarang! Hubungi Team Khidmat Pelanggan kami hari ini untuk mendapatkan info-info berkenaan kelas, benang dan lain-lain

Comments