Assalamualaikum dan selamat pagi semua, harini saya nak berkongsi sikit berkenaan mesin jahit. Kadang ada orang tak tahu dan tak ambil serius sangat berkenaan penjagaan mesin jahit dengan baik. Yang mereka tahu guna dan jika rosak, terus repair dikedai. Namun, masih ada yang pandai dan mahir guna serta akan tahu kerosakan apa yang terjadi.
Mungkin kita rasa kita dah jaga mesin jahit dengan elok tapi ada sesetengah perbuatan yang buat kita terlepas pandang, contohnya pergerakan mesin yang ada benang tanpa ada kain fabrik untuk dijahit boleh menyebabkan benang berpintal didalam mesin. Dah satu kerja pula kita nak kena buang benang-benang tu. Membazir benang satu hal, betul tak??
Jadi, saya harap perkongsian kalini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua terutama bagi mereka yang masih baru dalam bidang ni.
1# JANGAN DEDAHKAN PADA MATAHARI SECARA TERUS
Jangan sesekali biarkan mesin jahit anda terdedah pada cahaya matahari secara terus terutama di dalam bilik menjahit anda. Ini bagi memastikan dan menjaga permukaan mesin jahit tersebut agar tidak rosak dan masih kelihatan baru. Pencahayaan matahari secara terus boleh merosakkan permukaan mesin jahit anda.
2# LETAKKAN MINYAK MENGIKUT KEPERLUAN
Ini sangat penting bagi memastikan anda tidak meletakkan minyak mesin secara berlebihan. Letakkan minyak mesin mengikut keperluan dan sukatan yang betul. Dalam masa sama, bagi memastikan mesin jahit anda dapat bergerak dengan lancar. Namun begitu, jangan sesekali mengisi secara berlebihan kerana ia akan menyebabkan kain fabrik anda menjadi kotor.
3# JANGAN GERAKKAN MESIN JIKA BUKAN UNTUK MENJAHIT
Takkan lah nak gerakkan mesin pun tak boleh? Kalau anak-anak buat main, apa akan jadi? Ye, saya pesan awal-awal ni. Jangan sesekali ada biar anak anda atau sesiapa sahajalah memusingkan atau menggerakkan mesin jahit anda yang terdapat benang sekiranya tiada kain fabrik diatasnya. Ini kerana jika tidak, gulungan benang akan berbelit pada mesin jahit anda. Satu hal pula, anda nak kena bersihkan mesin jahit tersebut. Kan dah bazir masa tu.
4# SERVIS MESIN SEKURANG-KURANGNYA SETAHUN SEKALI
Setiap alat atau mesin, seeloknya kita service. Sedangkan badan kita pun kita perlu "service" sebab dah guna 24jam, inikan pula mesin jahit yang mungkin kita guna setiap hari tanpa henti. So, pastikan and selalu servis mesin jahit anda sekurang-kurangnya setahun sekali bagi memastikan mesin tersebut boleh digunakan dalam jangka masa yang panjang.
5# LAP BAHAGIAN MESIN SEBELUM DAN SELEPAS DIGUNAKAN
Kenapa kena lap mesin jahit tiap kali sebelum dan selepas guna? Ini bagi memastikan mesin tersebut tidak berhabuk disebabkan oleh cebisan-cebisan kain atau benang yang melekat dan dalam masa sama bagi memastikan kawasan mesin jahit tersebut terhindar dari habuk-habuk selain cebisan kain dan benang. Jangan lupa juga untuk menutup mesin jahit sama ada dengan kain atau benda lain setelah selesai menggunanya.
Anda mencari guru untuk mengajar menjahit dengan yuran yang sangat murah??
Cara Mudah untuk membuat Pendaftaran:-
1. Whatsapp: Kelas Belajar Jahit
2. Panggilan Telefon: 016-3720578
3. Email: kaylarafycreation@gmail.com
Daftar Sekarang! Hubungi Team Khidmat Pelanggan kami hari ini untuk mendapatkan info-info berkenaan kelas, benang dan lain-lain.
Comments
Post a Comment