Assalamualaikum dan selamat pagi,
Untuk sharing hari ini, saya nak fokus pada mereka atau anda yang teringin sangat nak belajar menjahit atau nak sangat at least tahu basic tentang jahitan tetapi tidak tahu bagaimana atau step permulaan macam mana nak ambil.
So, saya nak kongsi 5 tips bagi permulaan dalam dunia jahitan atau bidang fesyen. Selamat membaca semua!
1) BERGURU
Kalau bercakap tentang menimba ilmu atau mendapatkan pengetahuan yang baru, kita digalakkan untuk belajar dari seseorang. Orang kata belajar dari seorang guru / tenaga pengajar / sifu yang sudah mahir dalam sesuatu bidang itu agar apa yang kita pelajari tidak salah.
Anda perlu memilih seorang guru yang berilmu dalam bidang jahitan dan seeloknya kiranya guru itu mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang fesyen dan jahitan.
Zaman yang serba moden ni, anda mempunyai banyak pilihan untuk belajar sama ada secara berhadapan dengan guru tersebut atau secara online menggunakan aplikasi Whatsapp / Telegram / Facebook. Anda boleh memilih guru yang mungkin anda selesa dengan cara mereka mengajar. Yang pasti, anda perlu pastikan ilmu yang di ajar itu betul.
2) BELAJAR ASAS
Dalam apa jua pembelajaran, perkara asas sangatlah penting untuk kita ketahui kerana tanpa kita belajar tentang basic, dalam kelas pasti kita akan terpinga-pinga.
Bagi anda yang baru nak belajar menjahit, perlu belajar asas dahulu seperti mengetahui cara betul mengambil ukuran badan dan mengenal serta melakar pola sebelum mula menjahit. Bagi mereka yang sudah mempunyai asas jahitan, ia adalah bonus kerana mereka dapat mempelbagaikan jenis pola dan jahitan pakaian.
3) PEMILIHAN FABRIK
Berkenaan dengan pemilihan fabrik pula, saya sarankan anda untuk memilih fabrik cotton bagi permulaan dalam menjahit apa jua pakaian. Ini disebabkan oleh kain jenis cotton amatlah sesuai digunakan semasa proses pembelajaran.
Fabrik cotton sifatnya tidak licin dan mudah dikendalikan semasa proses memotong dan menjahit pakaian. Sangatlah sesuai digunakan untuk anda yang baru berjinak-jinak dalam bidang jahitan.
4) MUDAH JAHIT
Bagi membina keyakinan diri semasa proses pembelajaran, anda boleh start dengan menjahit pakaian yang asas seperti baju kurung tradisional atau baju kurung modern. Ini kerana kedua-dua jenis modul ini amatlah mudah untuk dipelajari bagi newbies berbanding jika anda belajar terus baju melayu atau jubah.
Seperti yang sudah saya nyatakan tadi, jika anda sudah mahir dengan jahitan asas pasti ia lebih memudahkan anda kerana anda dapat pelbagaikan jenis pakaian mengikut kreativiti dan kemahiran anda sendiri.
5) PRAKTIS
Orang putih kata "practice make perfect". Jadi, semasa pembelajaran dijalankan anda bolehlah mengambil nota yang diajar oleh guru anda sebagai rujukan untuk membuat latihan di rumah. Jika ada yang kurang difahami, boleh juga anda terus bertanya.
Anda perlu sentiasa praktis di rumah untuk menambah dan memberi keyakinan pada diri. Anda boleh memulakan dengan menjahit pakaian sendiri atau ahli keluarga supaya dapat tingkatkan kemahiran anda dalam menjahit.
Anda mencari guru untuk mengajar menjahit dengan yuran yang sangat murah??
Cara Mudah untuk membuat Pendaftaran:-
1. Whatsapp: Kelas Belajar Jahit
2. Panggilan Telefon: 016-3720578
3. Email: kaylarafycreation@gmail.com
Daftar Sekarang! Hubungi Team Khidmat Pelanggan kami hari ini untuk mendapatkan info-info berkenaan kelas, benang dan lain-lain
numpang promote ya min ^^
ReplyDeletebuat kamu yang lagi bosan dan ingin mengisi waktu luang dengan menambah penghasilan yuk gabung di di situs kami www.fanspoker.com
kesempatan menang lebih besar yakin ngak nyesel deh ^^,di tunggu ya.
|| WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||