Assalamualaikum dan selamat petang semua! Harini saya nak share sikit berkenaan tips pemilihan kain bahan untuk anda mengikut jenis badan anda.
Ini kerana tak semua orang membuat pemilihan yang betul dalam memilih fabrik untuk pakaian mereka. Ada juga yang tidak mempunyai keyakinan diri dalam mengayakan jenis fabrik berbeza. Oleh itu, terdapat 4 jenis bentuk badan yang mungkin ada persamaannya dengan anda.
1) Jam Pasir
Ini adalah saiz badan di mana anda mempunyai ukuran dada dan pinggul yang hampir sama. Terdapat perbezaan sangat kecil sahaja di antara ukuran pinggang dengan dada dan pinggulnya iaitu dalam anggaran lebih kruang 25cm atau 10 inci sahaja.
Anda yang memiliki tubuh badan berbentuk jam pasir @ Hour Glass ni bebas dalam memilih sebarang pakaian serta fesyen kegemaran. Pemilihan pakaian dari jenis fabrik yang lembut dan beralun sangat digalakkan supaya anda tampak lebih menyerlah.
Begitu juga apabila berkaitan pemilihan warna, kebanyakkan warna amat bersesuaian dengan anda.
2) Segi Tiga
Bentuk segi tiga atau pear selalu dimiliki seorang wanita kerana bahagian pinggulnya yang lebih besar daripada dada. Namun begitu, masih juga terdapat segelintir lelaki yang mempunyai bahagian pinggul yang agak besar.
Pemilihan fabrik yang sesuai ialah pakaian yang mempunyai pelapik bahu kecil atau tanpa pelapik agar bahagian bahu kelihatan lebih luas. Selain itu, elakkan memakai pakaian yang terlalu labuh bagi perempuan dan terlalu besar bagi lelaki.
Anda digalakkan menggunakan warna cerah pada bahagian atas dan warna gelap pada bahagian bawah.
3) Segi Tiga Terbalik
Ini adalah bentuk badan sama ada lelaki mahupun perempuan yang mempunyai bahagian atas atau bidang yang besar daripada bahagian bawah.
Pemilihan pakaian yang bersesuaian ialah bertekstur garang dan corak bergaris mendatar membuat bentuk tubuh nampak seimbang, disarankan menggunakan seluar labuh dan elakkan memakai pakaian yang bercorak terlalu menyerlah dan menonjol.
Pemilihan warna pula, pada bahagian atas badan perlulah lebih gelap atau neutral berbanding bahagian bawah yang mengenakan tona cerah.
4) Segi Empat
Ini adalah bentuk tubuh bagi seseorang yang mempunyai garis pinggang yang kecil atau tidak mempunyai bentuk pinggang.
Pemilihan kain fabrik yang bersesuaian ialah memilih pakaian bahagian atas yang berlapik bahu dan diperbuat dari fabrik lembut. Seluar dan baju perlu longgar dan elakkan terlalu ketat. Pilih baju dengan rekaan lebih menonjol dan menarik pada bahagian bahu.
Bagi pemilihan mengikut warna pula, anda disarankan memilih warna rona senada kerana ia paling sesuai untuk anda yang mempunyai bentuk badan segi empat.
Anda berminat untuk belajar lebih mengenai ilmu jahitan??
Cara Mudah untuk membuat Pendaftaran:-
1. Whatsapp: Kelas Belajar Jahit
2. Panggilan Telefon: 016-3720578
3. Email: kaylarafycreation@gmail.com
Daftar Sekarang! Hubungi Team Khidmat Pelanggan kami hari ini untuk mendapatkan info-info berkenaan kelas, benang dan lain-lain
Comments
Post a Comment