Assalamualaikum dan selamat petang pembaca semua ! Saya doakan semoga urusan anda dipermudahkan harini. Insha Allah. So, kita bertemu lagi minggu ni untuk saya share kan beberapa ilmu menjahit yang mungkin masih ada sesetengah orang yang tidak tahu.
Kalau cerita tentang mesin jahit ni pasti masih ramai yang was-was, yang serabut nak fikir mesin jahit mana yang elok sebenarnya terutama bagi newbies. Sesetengah tukang jahit dah selesa dengan satu jenama sahaja. Oleh itu, saya nak share sikit beberapa jenama mesin jahit yang paling mendapat permintaan dari tukang jahit di Malaysia.
1# SINGER
Mesin jahit jenama Singer adalah jenama yang paling famous orang kata dikalangan tukang jahit. Ini kerana faktor mesinnya yang boleh menjahit fabrik tebal dan berlapis. Ia mempunyai beberapa reka bentuk dan corak jahitan yang berbeza. Disamping itu, pengguna juga dibekalkan 15 jenis tapak mesin jahit dan DVD sebagai rujukan mengenai cara-cara menggunakan mesin jahit jenama Singer.
Untuk mesin jahit Singer ini, anggaran harga pasaran untuk mesin portable adalah bermula serendah RM 549, manakala mesin Industri bermula RM 1500 dan mesin jahit lurus berkomputer bermula pada harga RM 2500. Namun begitu, harga berbeza mengikut jenis dan motor bagi mesin jahit itu sendiri.
2# BROTHER
Mesin jahit jenama Brother ini juga menjadi antara pilihan tukang jahit kerana mesin ini diperbuat daripada bahan kuat supaya dapat menjahit jenis kain yang tebal. Ia turut dilengkapi dengan pelbagai jenis corak jahitan asas dan kompleks. Selain itu, disediakan juga pelbagai jenis tapak mesin jahit yang boleh digunakan oleh pembeli.
Untuk mesin jahit Brother ini, anggaran harga pasaran untuk mesin portable bermula dari RM 595, Industri pula bermula dari RM 1800 dan untuk mesin jahit lurus berkomputer ialah RM 1259. Seperti yang kita beritahu sebelum ini, harga juga berbeza bergantung pada jenisnya dan motor mesin jahit.
3# JUKI
Juki juga antara top 3 jenama mesin jahit yang menjadi kegilaan Tailor di Malaysia. Ini kerana kualiti jahitan yang bagus setanding harganya yang lebih tinggi berbanding jenama lain. Ia boleh digunakan dalam jangka masa yang lama tanpa rehat kerana motornya lebih besar. Fungsinya pula boleh digunakan sehingga 30-40 tahun dengan penjagaan yang baik.
Anggaran harga bagi mesin jahit Juki mengikut harga pasaran bagi mesin jahit portable serendah RM 819, manakala mesin jahit Industri ialah RM 3784 dan akhir sekali, untuk mesin jahit lurus berkomputer bermula serendah RM 2200. Harga yang kita nyatakan ini juga mungkin berbeza mengikut jenis dan motor mesin jahit itu sendiri.
Rajin-rajinkan lah diri anda untuk sentiasa survey harga sama ada secara online atau datang ke kedai terus. Itu saja perkongsian dari saya, semoga bermanfaat buat anda semua!
Anda berminat untuk belajar lebih mengenai ilmu jahitan??
Cara Mudah untuk membuat Pendaftaran:-
1. Whatsapp: Kelas Belajar Jahit
2. Panggilan Telefon: 016-3720578
3. Email: kaylarafycreation@gmail.com
Daftar Sekarang! Hubungi Team Khidmat Pelanggan kami hari ini untuk mendapatkan info-info berkenaan kelas, benang dan lain-lain
Saya nak belajar jahit leather spt jaket, bag, topi...is it how?
ReplyDelete