TIPS JAHITAN KEMAS



Assalamualaikum, hi semua!!

Untuk topik kalini, kita nak share tentang beberapa cara yang anda boleh gunakan untuk memastikan jahitan pada pakaian anda kelihatan kemas. Terdapat beberapa faktor yang kita perlu ambil serius dalam memastikan jahitan kita nampak kemas. 

1. Proses Menanda Di Atass Pola Pakaian

- Anda hendaklah memastikan semasa menanda pola di atas pakaian, ia kelihatan terang dan jelas apabila dijahit nanti, garisan tidak berada di luar daripada garisan pola asal. Anda boleh gunakan kapur untuk kain kapas dan roda surih bersama kertas karbon bagi kain jenis licin atau lembut

2. Jenis Jarum Yang Digunakan Mestilah Bersesuaian

- Bagi kain yang nipis atau kain yang kita selalu guna untuk membuat baju kurung, anda boleh gunakan jarum nombor 80/11. Manakala, bagi kain jenis tebal, kain langsir tebal atau ketika menjahit balkrum / pita bersama getah, amat sesuai untuk kita gunakan jarum besar 100/16. Mata jahitan akan nampak satu-satu dan tidak menjadi longgar.

3. Kesesuaian Lebar Mata Jahitan

- Jarak yang cantik dan kemas untuk pakaian adalah antara 2.5 mm hingga ke 3 mm. Bagi cadar atau langsir pula, jarak yang sesuai adalah 4 mm ke atas. Bagi jarak 2 mm amat sesuai digunakan untuk tikam leherbaju kurung supaya apabila diterbalikkan, fasing akan jadi tajam dan kemas di bahagian bucu.

4. Jenis Tapak Mesin Jahit

Semalam kita dah share satu video tentang cara nak jahitan nampak kemas berkaitan tapak mesin jahit. Jenis tapak mesin juga mempengaruhi cara kita menjahit pakaian. Bagi tapak lurus, ia akan bantu memudahkan kita untuk jahit lurus. Gunakan tapak zip untuk menjahit zip supaya dapat jahit rapat dengan zip. Tapak zip juga boleh digunakan ketika hendak menjahit pita getah untuk pinggang. Anda digalakkan gunakan tapak mesin mengikut keperluan jahitan yang anda nak lakukan. 

5. Ketegangan Benang Di Mesin Jahit dan Sekoci

Ketegangan benang penting untuk mendapatkan mata jahitan yang cantik dan kemas. Selalunya untuk kain yang licin dan lembut, ketegangan perlu dikurangkan seperti brand Singer (kurang daripada 4). Untuk kain langsir atau cotton, seeloknya anda selaraskannya pada 3.5 ke 4 / 5.

Itu sahaja tips jahitan kemas yang dapat kami share hari ini. Jika ada sebarang pertanyaan atau  tambahan yang anda ingin kongsi, boleh komen ya!

KaylaRafy Creation ada menjual benang-benang berkualiti dengan harga yang berbaloi-baloi. Insha Allah! Hanya untuk anda. 

Anda berminat nak tahu benang jenis apa dan berapa harga??

Cara Mudah untuk mengetahui details lanjut atau nak membuat pembelian:-

1. Whatsapp: Benang Jahit Murah
2. Panggilan Telefon: 016-3720578
3. Email: kaylarafycreation@gmail.com

Beli Sekarang! Hubungi Team Khidmat Pelanggan kami hari ini untuk mendapatkan info-info berkenaan kelas, benang dan lain-lain

Comments