Assalamualaikum, hi semua!
Bertemu lagi kita harini untuk berkongsi lebih banyak tips menjahit, kelas belajar jahit mahupun jualan benang oleh team KaylaRafy Creation sendiri.
Harini nak kongsi masalah dan cara menyelesaikan masalah yang sering berlaku ketika kita hendak menjahit. Sering terjadi ketika sedang asyik menjahit tiba-tiba benangnya putus dan mesin menjadi berat serta mengeluarkan bunyi sedangkan tempahan tersebut perlu diselesaikan dalam kadar segera.
Terdapat pelbagai masalah yang sering berlaku pada mesin jahit ketika kita sedang menjahit. Namun begitu, anda tidak perlu khuatir sebab setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Yang paling penting, untuk menyelesaikan kita perlu cari puncanya terlebih dahulu.
Berikut adalah beberapa tips untuk mengatasi masalah mesin jahit ini:
#1. Mesin Tidak Lancar dan Berbunyi
- Gangguan ini kerana kurang minyak pelincir pada mesin jahit.
- Kualiti minyak yang digunakan mungkin kurang elok.
- Mungkin disebabkan faktor sisa-sisa benang yang tersangkut dan habuk-habuk yang berkumpul pada mesin jahit menyebabkan mesin sukar bergerak secara elok.
🔺 Penyelesaian: Anda perlu memulakan dengan membersihkan mesin dari saki-baki kain dan benang yang tertinggal menggunakan sikat atau berus. Selain itu, berikan minyak pelincir pada throat plate (penutup gigi) dengan menggunakan minyak yang lebih berkualiti.
#2. Benang Jahit Atas Sering Putus
- Punca kenapa ia sering berlaku kerana kita menjhait dengan arah yang salah.
- Memasang jarum tidak tepat pada tempatnya juga menyebabkan jarum cepat tumpul atau bengkok sehingga ketegangan benang menjadi terlalu besar.
- Benang terlalu kasar atau terlalu halus yang digunakan mungkin tidak bersesuaian dengan jenis kain yang ingin dijahit.
🔺 Penyelesaian: Anda boleh menyelesaikannya dengan menukar jarum dengan jenis yang lebih baik, pastikan benang yang digunakan sesuai dengan saiz jarum yang ingin digunakan dan betulkan kedudukan sekoci serta kendurkan tegangan benang dengan memerhatikan keseimbangan dengan benang jahit bawah. Akhir sekali, tarik kain ke arah belakang mesin jahit semasa menjahit.
#3. Benang Jahit Bawah Selalu Putus
- Kenapa masalah ini boleh berlaku disebabkan benang jahit yang digulung tidak begitu rapi
- Tegangan benang pada sekoci terlalu besar
- Penggunakan benang dalam sekoci tidak begitu cantik.
- Terdapat debu dan habuk melekat pada mekanisme mesin.
🔺 Penyelesaian: Anda boleh bersihkan bahagian mekanisme mesin, pastikan kedudukan benang pada sekoci cantik dan akhir sekali kurangkan ketengangan benang dan sesuaikan tegangan dengan benang jahit atas.
#4. Benang Sering Putus
- Masalah ini terjadi disebabkan jarum tidak terletak pada tempatnya dan sering mengenai hook, ini menyebabkan jarum menjadi tumpul.
- Jenis jarum yang digunakan juga tidak sesuai dengan jenis kain yang digunakan.
- Kain ditarik pada arah yang salah setelah selesai menjahit.
🔺 Penyelesaian: Masalah ini boleh diselesaikan dengan menggantikan jarum, sesuaikan antara benang jahit, jarum dan kain. Selain itu, pastikan anda memasang jarum pada kedudukan yang betul. Akhir sekali, kendurkan sedikit ketegangan benang dengan memerhatikan keseimbangan antara benang jahit atas dan benang jahit bawah.
#5. Jerat Benang Tersekat
- Tegangan benang terlalu kuat
- Benang tidak melalui jalan yang betul pada mesin jahit
- Jarum terlalu besar untuk jenis kain yang digunakan
- Benang bahagian bawah tidak digulung dengan rapi
🔺 Penyelesaian: Pastikan anda kendurkan sedikit tegangan dengan memerhatikan keseimbangan benang jahit bawah, sesuaikan jarum sehingga benang atas melalui jalan yang betul dan sesuaikan saiz jarum dengan jenis fabrik yang ingin dijahit.
#6. Jerat Benang Kendur
- Tegangan benang atas terlalu kendur atau terlalu tegang.
- Spring pengatur tegangan pada sekoci terlalu besar
- Saiz jarum tidak sesuai dengan jenis kain
🔺 Penyelesaian: Kendurkan tegangan dengan memerhatikan keseimbangan benang bawah, sesuaikan antara benang jahit, saiz jarum dan ketebalan kain yang akan digunakan. Akhir sekali sesuaikan tegangan benang atas dan benang bawah.
#7. Pergerakan Kain Tidak Lancar
- Banyak serat atau saki-baki benang mahupun kain yang berkumpul di sekitar bahagian mesin jahit
- Penggunaan tinggi rendah gigi pada mesin jahit tidak sesuai.
🔺 Penyelesaian: Anda boleh selesaikan masalah ini dengan bersihkan bahagian gigi pada mesin jahit kemudian letak minyak pelincir dan tutup kembali pada kadar segera. Selain itu, atur mekanisme dan knop gigi penyuap pada mesin jahit.
KaylaRafy Creation ada menjual benang-benang berkualiti dengan harga yang berbaloi-baloi. Insha Allah! Hanya untuk anda.
Anda berminat nak tahu benang jenis apa dan berapa harga??
Cara Mudah untuk mengetahui details lanjut atau nak membuat pembelian:-
1. Whatsapp: Benang Jahit Murah
2. Panggilan Telefon: 016-3720578
3. Email: kaylarafycreation@gmail.com
Beli Sekarang! Hubungi Team Khidmat Pelanggan kami hari ini untuk mendapatkan info-info berkenaan kelas, benang dan lain-lain
Rasanya tempat letak sekoci saya sama ada patah atau bengkok, berapa kos kalau nak baiki atau ada cara lain utk baiki sendiri
ReplyDeleteAssalamu'alaikum sya nak bertanya mengenai mesin jait sya ni
ReplyDeleteKenapa ye bila sya nak menjait baju mahu pon Langsi tiap kali mesin jait sya x boleh nak mengigit kain setiap kali sya nak menjaitnye..apa kah puncanya boleh x beri sedikit apa sebab musebab.