5 CARA UNTUK JANA PENDAPATAN MELALUI JAHITAN



Assalamualaikum, hi semua!! 

Kita bertemu lagi hari ini untuk perkongsian yang lebih banyak lagi mengenai jahitan. Kalau bercerita tentang menjahit, dah ramai yang mahir dalam bidang menjahit ni. Siap dah ramai yang ambil tempahan menjahit lagi terutama pada musim perayaan atau kemerdekaan.

Setiap tukang jahit pasti ada cara mereka sendiri dalam menjana pendapatan masing-masing mengikut kemahiran yang ada. Ada juga yang menjadi kegemaran mereka semasa menjahit.

Petang ni, saya nak share 5 cara yang mungkin sesuai untuk anda gunakan mengikut kemahiran sedia ada anda. 


1# Ambil Tempahan Baju

Ramai yang sedia maklum bahawa dengan menjahit dari rumah sendiri pun anda boleh menjana pendapatan yang lumayan dengan kos yang sangat rendah. Hanya perlukan kemahiran dan peralatan jahitan yang mencukupi sahaja seperti bila anda membuka tempahan menjahit pakaian untuk musim perayaan. Kadangkala sampai tak menang tangan menerima tempahan. Kalau pelanggan sudah selesa dengan baju yang dijahit oleh anda, pastinya mereka akan menjadi pelanggan tetap dan memberitahu rakan-rakan dan keluarga mereka.

Recommended Thread Yard: Benang Bundle / Benang Kenttex / Benang Cotton / Benang Jahit Tepi


2# Ambil Upah Jahit Manik / Sulaman

Mungkin ada di antara anda yang mempunyai kemahiran kraftangan yang boleh juga digunakan untuk mengambil upah menjahit sulam atau manik pada pakaian. Biasanya upah pakaian yang mempunyai sulaman atau perhiasan manik dan labuci agak tinggi harganya kerana memerlukan kepakaran dan pemerhatian yang lebih dan terperinci.

Recommended Thread Yard: Benang Kenttex 250m


3# Ambil Upah Potong Kain

Selain tukang jahit, anda juga boleh mengambil upah memotong kain dari tukang jahit sedia ada. Ada di antara tukang jahit yang tiada masa untuk memotong kain bila tempahan yang mereka dapat terlalu banyak, terutama apabila tiba musim perayaan. Dengan mengambil upah memotong kain juga dapat membantuu anda menjana pendapatan dari rumah. 



4# Ambil Upah Jahit Kemasan Leher

Ada banyak jenis kemasan leger yang boleh dijahit pada leher baju kurung. Antaranya jahitan Mata Lalat, Pucuk Rebung, Tulang Belut, Kerang dan macam-macam lagi jenis jahitan kemasan yang lain. Penggemar baju kurung pastinya memilih kemasan leher yang berbeza mengikut pilihan masing-masing kerana tampak lebih cantik. Tak ramai tukang jahit yang mahir menjahit kemasan leher tradisional ini. Jadi, kalau anda ada kemahiran itu, jangan sia-siakan. Ambil peluang ini dan jadikan sebagai sumber pendapatan. 

Recommended Thread Yard: Benang Bundle 5 kg / Benang Cotton


5# Ambil Upah Alteration

Anda boleh menawarkan perkhidmatan pengubahsuaian pakaian @ Alteration. Macam yang kita sedia maklum, pakaian ready-made yang dijual dipasaran sangat banyak. Pelanggan yang bekerja biasanya akan membeli pakaian ready-made tak kira untuk kegunaan ke pejabat atau ke majlis-majlis keraian. Saya pasti tak ramai yang selesa dengan pakaian yang dibeli. Kadangkala terlalu panjang atau terlalu longgar. Jadi, inilah masanya anda memainkan peranan sebagai tukang ubah suai!

Recommended Thread Yard: Benang Bundle 5 kg / Benang Jahit Tepi

Antara 4 cara yang saya share di atas, yang mana satu menjadi pilihan anda untuk menjahit? Kalau Pereka Fesyen kita, beliau banyak ambil tempahan menjahit Pakain Pengantin atau Alteration.

Anda berminat nak tahu benang jenis apa dan berapa harga??

Cara Mudah untuk mengetahui details lanjut atau nak membuat pembelian:-

1. Whatsapp: Benang Jahit Murah
2. Panggilan Telefon: 016-3720578
3. Email: kaylarafycreation@gmail.com

Beli Sekarang! Hubungi Team Khidmat Pelanggan kami hari ini untuk mendapatkan info-info berkenaan kelas, benang dan lain-lain

Comments