Assalamualaikum, hi semua!
Kalau beberapa harini admin selalu bercerita tentang benang.
Biasalah, kita mesti kenalkan perniagaan kita supaya ramai orang tahu dan bila
ramai orang tahu, dapatlah kita bantu ramai juga tukang jahit yang ada di
Malaysia untuk membeli benang menjahit. Okay, harini admin nak berkongsi
tentang tips macam anda boleh melawan rasa malas yang semakin bertambah tu
untuk start enjin mulakan menjahit. Semoga bermanfaat ya!
#PERTAMA: Jika perasaan malas mula muncul
sewaktu anda sedang menjahit, rajinkan diri anda untuk bergerak atau rehat
seketika dengan membuat air dan keluar rumah bersantai sambil melihat
pemandangan di luar rumah. Pastinya rasa malas itu akan beransur hilang atau
malahan terus hilang kerana minda anda telah cerdas semula setelah melihat
keindahan alam ciptaan Allah swt.
#KEDUA: Kalau rasa malas masih melanda diri
anda sewaktu menjahit, pasang lagu sebagai pemecah suasana sunyi disamping
bunyi mesin jahit. Admin sarankan anda mainkan lagu bergenre rancak seperti
Rock. Jangan pula mainkan lagu yang mendayu-dayu, admin risau anda hanyut
dibuai mimpi sahaja. Huhu! Dalam masa sama, mampu menambahkan semangat anda
untuk menyiapkan tempahan pelanggan-pelanggan anda yang sedang Que tu.
#KETIGA: Jika rasa malas mulai muncul
semasa anda menjahit, ambil air wuduk dan tunaikan kewajipan anda sebagai
seorang Hamba Allah swt (jika anda belum tunaikan solat fardhu). Jika masih
juga anda merasa malas, boleh amalkan solat sunnat dan berzikir kepada Allah.
Semoga dipermudahkan urusan anda untuk menyiapkan tempahan pelanggan anda dalam
masa yang dianggarkan. Ini kerana gerakan semasa solat itu seperti gerakan
orang sedang bersenam, dan ia mampu buat anda bersemangat semula untuk
menjahit.
#KEEMPAT: Kalau anda masih merasa malas untuk
menjahit, ingatlah bahawa setiap tempahan yang anda terima itu telah dibayar
oleh pelanggan anda. Walaupun baru separuh harga dibayar, tetapi dekat situ
pelanggan dah meletakkan kepercayaan kepada kita untuk menyiapkan pakaian
mereka. Pelanggan pasti akan kecewa dan tidak mahu order lagi dengan anda jika
mereka rasa anda hanya sambil lewa semasa menyiapkan pakaian mereka. Tak
mengapa, setiap rezeki itu Allah swt dah tetapkan untuk kita, cuma anda yang
perlu berusaha lebih untuk mendapatkannya.
#KELIMA: Jika ada perasaan malas yang mula
mengganggu konsentrasi anda untuk menjahit, fikir semula bahawa anda mempunyai
tanggungjawab dalam keluarga mahupun diri anda untuk menjana pendapatan anda
sendiri disamping membantu suami dalam pengurusan rumah tangga. Jika anda tidak
menyiapkan pakaian tersebut, pasti anda tidak dapat pulangan untuk hasil titik
peluh anda. Anda juga perlu ingat, mungkin anda mempunyai hutang yang anda harus
lunaskan, ini bagi membantu anda lebih semangat untuk mencapai target anda
serta dapat menyelesaikan hutang anda dengan kadar segera.
Ini sahaja 5 tips mengelakkan rasa malas dalam diri untuk
menjahit. Insha Allah, sedikit sebanyak ia dapat membantu anda mengurangkan
rasa malas itu. Tetapi, mungkin ada sahaja tukang jahit merasa malas disebabkan
atas keringat mereka tetapi pelanggan tidak hargai seperti tidak membayar duit
pakaian, malahan mengkritik pula hasil jahitan kita. Tak apa, kita positif,
mungkin Allah swt nak beri kita rezeki lain yang lebih melimpah satu hari
nanti. Insha Allah
Admin doakan urusan jahitan anda yang membaca sharing ini
dipermudahkan dan anda berjaya serta kaya dunia akhirat anda. Aamiin!
Anda berminat untuk belajar lebih mengenai ilmu jahitan??
Car Mudah untuk membuat Pendaftaran:-
1. Whatsapp: Kelas Belajar Jahit
2. Panggilan Telefon: 016-3720578
3. Email: Kelas Menjahit
Daftar Sekarang! Hubungi Team Khidmat Pelanggan kami hari ini untuk mendapatkan info-info berkenaan kelas, benang dan lain-lain
Comments
Post a Comment