PERBEZAAN BENANG COTTON DAN BENANG POLISTER


Assalamualaikum, hi semua


Kita berjumpa lagi hari ini. Tapi, kali ini saya nak bercerita topik berkenaan benang sahaja sebab rata-rata saya tengok tak ramai yang tahu tentang perbezaan benang yang ada. Yang mereka tahu kegunaannya hanya untuk menjahit. Dekat sini, saya nak share beberapa ilmu yang mungkin anda sebagai pengguna di luar sana tidak berapa tahu.




Siapa tahu ini benang jenis apa dan apa kegunaannya?? Hah, takpe. Biar saya beritahu.

1) Benang Cotton

Kebiasaan tukang jahit atau sesiapa sahaja yang menjahit akan panggil benang ni benang Cotton atau kata nama lain Spun Polyester.  Kegunaan bagi benang jenis ini boleh digunakan untuk kedua-dua jahitan sama ada jahit lurus mahupun jahit tepi. Ini kerana benang ini lebih kukuh dan jika anda menjahit menggunakan benang ini untuk pakaian anda, apabila anda basuh walau berapa banyak kali ia masih tampak elok berbanding Benang Polyester. Kenapa dengan Benang Polyester? Boleh sambung baca gambar kedua nanti ye

Namun begitu, tak ramai yang gemar menggunakan benang ini mungkin disebabkan harganya lebih mahal. Kena lah mahal kan kalau nak dapatkan hasil yang bagus. Contoh pakaian yang menggunakan benang ini ialah Sport Attire dan sebagainya.


Kaylarafy Creation ada jual Benang Cotton 6000m dan 4000m dengan harga RM 4.50/ pcs manakala Benang Cotton 270g dengan harga RM 5.00




2) Benang Polyester

Benang polyester atau lebih dikenali sebagai benang gebu oleh para tailor di Malaysia. Ia menjadi kegemaran ramai tukang jahit kerana hasil daripada jahitan menggunakan benang ini nampak lebih cantik dan kemas. Begitu juga, ia mampu dimiliki kerana harganya lebih murah berbanding Benang Cotton.

Namun, dalam kelebihan pasti ada kekurangan bukan? Walaupun hasilnya cantik dan kemas tetapi jika anda membasuh pakaian anda kemungkinan benangnya akan terbuka sedikit demi sedikit. Ia juga kurang tahan lasak seperti Benang Cotton. Penggunaan benang ini juga terhad kerana ia tidak sesuai digunakan untuk jahitan lurus. Contoh pakaian yang sering menggunakan benang ini ialah Tudung, Baju Kurung dan sebagainya.

Benang Jahit Tepi ni dah SOLD OUT. tapi, Kaylarafy Creation ada jual Benang Jahit Tepi 250g dengan harga RM 6.50/pcs


Tetapi ! Tahukah anda kedua-dua benang ini boleh dicampur untuk kegunaan tukang jahit dalam menjahit jahitan tepi.


Anda berminat untuk membeli benang jahit murah dengan kami??

Car Mudah untuk dapatkan details mengenai benang:-

1. Whatsapp: Benang Jahit Murah
2. Panggilan Telefon: 016-3720578
3. Email: kaylarafycreation@gmail.com

Beli Sekarang! Hubungi Team Khidmat Pelanggan kami hari ini untuk mendapatkan info-info berkenaan kelas, benang dan lain-lain



Comments