5 CARA MUDAH UNTUK MASUKKAN BENANG KE DALAM JARUM


Assalamualaikum, hi semua!

Sering kita menghadapi situasi di mana ibu / kakak / diri kita sendiri yang sukar untuk memasukkan benang ke dalam jarum terutama jika lubang tersebut agak kecil saiznya. Bukan mudah sebenarnya nak masukkan benang ke dalam jarum. Lebih-lebih lagi lubang jarum yang halus. Boleh juling biji mata kita.

Kita juga selalu hadapi masalah bila dah masuk, benang yang lembik pula asyik nak terkeluar. Kadang tu pasti anda rasa memang ia menguji kesabaran anda. Tetapi, kalau anda nak tahu sebenarnya ada teknik mudah untuk selesaikan masalah ini. Percaya ke percaya? Harini saya bantu selesaikan masalah anda.

1) Guna Lilin

Ambil hujung benang dan gosok pada batang lilin beberapa minit. Lurut perlahan-lahan sehingga benang menjadi keras. Apabila benang sudah keras, cuba masukkan ke dalam lubang jarum. Pasti lebih mudah berbanding sebelum anda guna lilin.

2. Gunting 45 Darjah

Gunting benang pada sudut 45 darjah dengan gunting yang betul-betul tajam. Masukkan bahagian yang paling runcing dalam jarum. Lagi runcing, lagi senanglah dimasukkan ke dalam lubang jarum yang halus tu.

3. Potong Benang Dengan Rapi

Pastikan anda potong hujung benang serapi yang mungkin bagi memastikan benang tidak serabut atau bercabang pada bahagian hujungnya. Kalau serabut lagilah anda susah nak fokus untuk masukkan benang pada jarum. Ada juga bila dah masuk, terkadang bersimpul sebabb benang bercabang. Dah membazirkan masa anda disitu untuk buat semula.

4. Lembapkan Hujung Benang

Cara yang ini sudah menjadi kebiasaan bagi tukang jahit atau mereka yang ingin menjahit dan anda juga pastinya salah seorang yang menggunakan cara ini. Basahkan hujung benang, ini kerana struktur benang yang lembap akan menjadi lebih padat dan tidak berserabut. Namun, ada masanya ia kurang efektif, bergantung pada material benang yang digunakan.

5. Gunakan alat khas

Paling senang anda cuma perlu beli alat untuk masukkan benang ke dalam lubang jarum yang dipanggil Threader. Ia mempunyai hujung kawat yang sangat halus dan mampu memasukkan benang ke dalam lubang jarum. Anda boleh cuba cari alat ini di kedai jahitan. Kebiasaanya kalau beli mesin jahit besar / mini sekalipun memang disediakan sekali alatan ini.

Sekarang bolehlah anda mula menjahit sebab sudah tidak hadapi masalah untuk masukkan benang dalam jarum. Jimat masa, mudah, cepat dan tak perlu minta pertolongan sesiapa.


Selamat Mencuba ya!


Anda berminat untuk belajar lebih mengenai ilmu jahitan??

Car Mudah untuk membuat Pendaftaran:-

1. Whatsapp: Kelas Belajar Jahit
2. Panggilan Telefon: 016-3720578
3. Email: Kelas Menjahit

Daftar Sekarang! Hubungi Team Khidmat Pelanggan kami hari ini untuk mendapatkan info-info berkenaan kelas, benang dan lain-lain

Comments