TIPS MEMILIH MESIN JAHIT





Assalamualaikum, hi semua!

Seperti yang kita tahu, terdapat pelbagai jenis mesin jahit yang ada dipasaran, tidak kira funginya, jenama mahupun kualitinya. Sebelum anda bercadang atau niat nak pilih dan beli, anda perlu dapatkan pandangan sesetengah orang seperti tukang jahit atau tauke kedai terutama yang beginner tu. Jangan main beli, sudahnya tak pandai guna. Kan membazir tu. 

Oleh demikian, admin nak kongsi beberapa tips cara memilih dan membeli mesin jahit hasil pengalaman kami sebelum ini.

1 - BAJET 

Bajet merupakan perkara asas yang anda perlu beri penekanan kerana semua orang mempunyai kemampuan tersendiri dan ada juga yang mungkin perlu masa untuk membeli mesin jahit impian mereka. 

Untuk anda yang ingin menceburi bidang jahitan terutama beginner digalakkan membeli mesin jenis portable kerana mesin jenis ini lebih murah (anggaran RM 1000), bergantung juga pada jenamanya. Ini kerana ia sudah mencukupi keperluan anda. 

Untuk anda yang mempunyai impian untuk membuka kedai menjahit dan ingin mengambil tempahan secara pukal (banyak) atau membuka butik, pemilihan mesin jahit jenis industri sangat bersesuaian dan anggaran RM 1500 sehingga RM 2000 (bergantung pada jenama).

2 - KETAHANAN 

Ketahanan yang ada pada mesin jahit merupakan salah satu ciri yang anda sebagai pengguna perlu ambil berat. Untuk pengetahun anda, pemilihan mesin jahit yang diperbuat daripada besi adalah lebih baik berbanding plastik

Hal ini disebabkan oleh faktor mesin jahit besi lebih tahan lasak berbanding mesin jahit plastik. Anda pasti mahukan mesin jahit yang tahan lama dan tahan lasak bukan? Supaya tidak perlu memikirkan kos repair yang berulang. 

3 - BUNYI 

Bunyi mesin jahit memainkan peranan penting kerana tak semua orang gemar akan bunyi bising. Seeloknya, pilih dan carilah mesin jahit yang bunyinya senyap dan tidak mengganggu orang di sekeliling kita pada waktu malam. 

Anda perlu tahu, jika anda ingin jadi tukang jahit dan anda sudah mengambil tempahan jahitan dari orang ramai terutama pada hari raya aidilfitri atau raya haji, pastinya anda perlu berjaga sehingga lewat malam atau berjaga waktu subuh bagi memastikan tempahan pelanggan dapat disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan atau dalam jangkaan anda. 

4. ALAT GANTI 

Sepanjang menjalankan aktiviti menjahit pasti akan ada alatan yang rosak / hilang / tercicir dan lain-lain lagi. Jika situasi ini berlaku, pastinya anda perlu mencari alatan ganti secepat mungkin untuk menyambung aktiviti jahitan anda. 

Sebagai cadangan, anda digalakkan memilih mesin jahit yang mungkin terkenal jenamanya, ini bagi memastikan mudah untuk anda mencari dan mendapatkan alat ganti tersebut dan tidak akan timbul masalah  atau kesukaran untuk mendapatkannya.

5- PANDANGAN 

Untuk yang terakhir ini adalah pandangan dan cadangan kami untuk anda iaitu sebelum memilih mana-mana mesin jahit, seeloknya anda belajar dahulu tentang jenis-jenis mesin jahit yang ada. Anda boleh membuat survey berkenaan pengalaman orang ramai yang pernah dan sedang menggunkan mesin jahit jenis dan jenama tersebut. (boleh tanya pendapat di group-group menjahit di Facebook yang ada)

Selain itu, anda juga boleh membaca blog (seperti KaylaRafy Creation) atau forum yang menyediakan maklumat mengenai aktiviti jahitan dan dapatkan juga pandangan dari otai-otai yang sudah lama berada dalam bidang jahitan. 


Itu sahaja sharing pada hari ini. Semoga bermanfaat!


Anda berminat nak sertai kelas belajar jahit bersama pereka fesyen kami??

Cara Mudah untuk mengetahui details lanjut:-

1. Whatsapp: Kelas Belajar Jahit
2. Panggilan Telefon: 016-3720578
3. Email: kaylarafycreation@gmail.com

Daftar Sekarang !! Hubungi Team Khidmat Pelanggan kami hari ini untuk mendapatkan info-info berkenaan kelas, benang dan lain-lain

Comments