Assalamualaikum dan Hi!
Harini admin nak share kelainan sikit. Nak share tentang
penggunaan mesin portable jenama SINGER CONFIDENCE untuk menjahit kain lycra.
Seperti yang anda sedia maklum, kain lycra mahupun jersey sememangnya cantik
dan jika dibuat jubah / dress nampak feminin dan sesuai untuk wanita. Tapi,
boleh kacau kerja kita kalau mesin yang digunakan tidak memberi kerjasama untuk
menjahit kain jenis stretchable ni.
Oleh hal demikian, admin nak bagi beberapa tips yang mungkin
dapat membantu anda dalam menjahit kain lycra menggunakan mesin portable
berjenama SINGER CONFIDENCE.
Tips 1. Gunakan jarum bersaiz 13
Bagi kebanyakkan tukang jahit, mungkin anda sudah terbiasa
menggunakan jarum saiz 11 (bergantung pada keselesaan masing-masing), tetapi
disebabkan kain lycra agak cerewet untuk handle, cubalah gunakan jarum saiz 13.
*mungkin untuk tips ini tidak semua orang berjaya lakukan
terutama newbies atau mereka yang tidak sabar. Lanjutkan membaca tips
seterusnya.
Tips 2. Pastikan benang bawah tidak kendur
Tak semua orang mahir dalam menggunakan mesin begitu juga
bagi beginner . Namun, jangan terus mengalah untuk terus belajar faham cara
guna mesin yang anda beli. Untuk tips ini, kita kena CUBA, TRY dan TEST sampai
jadi. Jika setting tension di mesin setup pada -3, anda boleh turunkan tension
benang pada -2. Setiap unit tak sama tolerannya, jadi anda perlu cuba sehingga
sedap mata melihat hasilnya.
Tips 3. Pakai jarum emas saiz 11
Jika anda mengikuti tips pertama iaitu menggunakan jarum
saiz 13 dan rasa jarum tidak sesuai, mungkin anda boleh guna tips ini pula.
Untuk tips ini sememangnya terkenal untuk tackle masalah jahit kain lycra.
*untuk menjadikan stitches kelihatan lebih cantik, anda
digalakkan untuk mengalasnya dengan kertas A4 ketika menjahit. Ini bagi
memastikan stitches (jahitan benang) melekat pada kain lycra anda. Cuma bagi
anda agak leceh kerana terpaksa koyakkan kertas A4 pula dari kain.
Untuk dapatkan hasil lebih cantik dan kemas, boleh juga
alaskan tracing paper. Namun, jika anda betul nak berjaya dalam sesuatu bidang
seperti menjahit anda perlulah berusaha keras untuk dapatkan ilmu berguna dan
berusaha sebelum mengalah.
#pesanan: masa menjahit kain lycra, anda perlu sentiasa
ingat untuk menarik sedikit demi sedikit belah hadapan kain tersebut kerana ia
tak jalan selancar kain-kain biasa. Ia memerlukan sedikit bantuan anda untuk
memastikan jahitan berjalan lancar dan tidak berkumpul satu tempat.
Itu sahaja tips ringkas dari KaylaRafy Creation. Selamat
Mencuba!
Anda berminat nak tahu benang jenis apa dan berapa harga??
Cara Mudah untuk mengetahui details lanjut atau nak membuat pembelian:-
1. Whatsapp: Benang Jahit Murah
2. Panggilan Telefon: 016-3720578
3. Email: kaylarafycreation@gmail.com
Beli Sekarang! Hubungi Team Khidmat Pelanggan kami hari ini untuk mendapatkan info-info berkenaan kelas, benang dan lain-lain
Comments
Post a Comment