Assalamualaikum dan Hi semua,
Harini admin nak share sikit tips-tips yang
mungkin Newbies-newbies dekat luar sana boleh ambil perhatian.
Ini kerana zaman sekarang, perkhidmatan tailor atau tukang
jahit semakin bertambah bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Antara faktor
yang mendorong percambahan ini ialah nak belajar jahit baju sendiri, sebab upah
jahitan mahal, nak belajar sebab hobi, nak belajar untuk tambah pendapatan
keluarga dan banyak lagi.
Walau apa pun sebab anda nak menjahit, pastikan anda bersungguh-sungguh
bukan hanya sekerat jalan. Sebelum anda mula belajar menjahit, di sini admin
nak share tips belajar menjahit bagi newbies.
1) Berlapang dada / Open minded
Sebelum anda cadang untuk belajar menjahit, anda perlu
berlapang dada. Buang fikiran negatif seperti "aku boleh ke jadi tailor ni",
" ada ke pelanggan nak tempah baju dengan aku nanti" atau over
confident seperti "ala, senang je menjahit ni", "kalau
rujuk youtube mesti terus pandai" dan sebagainya. Anda jangan anggap
menjahit ni macam kacang goreng saja.
Apa yang anda perlu ada sebelum belajar menjahit adalah
perasaan untuk terima ilmu baru kerana tak semua orang dapat timbulkan rasa
atau keingingan untuk buat hobi baru terutama dalam bidang jahitan. Jangan pula
anda belajar menjahit sebab terikut-ikut dengan orang. Tengok orang dapat hasil
dari menjahit, kita pun terikut. Jangan give up! Be passionate.
Fikir walau susah mana pun untuk kita terima ilmu tu, insha Allah kita boleh!
Jangan berguru hanya dengan seorang cikgu, cuba cari guru yang berbeza kerana
setiap tailor lain cara mereka. Get inspired!
2. Belajar Basic Matematik
Siapa kata belajar menjahit ni tak perlu belajar
tinggi-tinggi atau perlukan ilmu yang sedikit? Jangan ingat pekerjaan tailor ni
pekerjaan orang-orang kampung tau. Kalau tak, mana artis nak dapatkan baju
yang up to date kalau bukan dari tailor sendiri.
Asas Matematik anda perlu belajar sebab banyak pengiraan semasa pattern
making. Ramai yang masih bertanya tentang simbol yang terdapat pada pola
dan sebagainya. Setiap inci pattern yang anda buat, anda perlu tahu sebab semua
badan manusia ni tak sama. Bila orang kata custom made ni
mahal, mereka tak tahu setiap perincian yang tukang jahit buat untuk keselesaan
dan bagi mereka nampak cantik. Yang mereka tahu hanyalah complained.
3. Belajar Basic Fashion
Belajar basic fashion bukan bermaksud terus
jadi fashion designer tetapi belajar tentang fashion yang
orang zaman sekarang pandang, fashion yang menjadi ikutan ramai. Sebagai contoh,
kena tahu apa itu princess cut, bishop sleeve, mermaid skirt dan
sebagainya. Bila anda dah faham dan tahu tentang semua basic fashion,
senang lah anda nak search tutorial dekat youtube atau tanya
dari otai-otai yang dah lama menjahit.
4. Belajar dalam English
Belajar dalam bahasa inggeris amat memudahkan kita terutama
jika anda merujuk video di youtube, begitu juga ada sesetengah tukang jahit
yang menggunakan bahasa inggeris dalam menyatakan jenis alatan jahitan dan
sebagainya. Bahasa inggeris ini juga penting kerana satu dunia menggunakannya
sebagai bahasa perantaraan. Antara website yang anda boleh
rujuk ialah melalui tutorial di Youtube, Google, Pinterest dan sebagainya.
Namun, ada juga sesetengah negara masih mengekalkan bahasa ibunda mereka seperti
Jepun. Sebab itu kita perlu berlapang dada dalam menerima ilmu baru walaupun
dari negara lain. Buku rujukan menjahit kebiasaannya hanyalag gambar dan
nombor, jadi agak mudah untuk kita faham. Jika anda tak faham juga, anda google sahaja
perkataan tersebut pasti banyak informasi tentangnya.
5. Belajar Dengan Internet
Zaman sekarang zaman teknologi. Semua hanya dihujung jari
sahaja. Sebelum anda betul tekad untuk pergi ke kelas, anda perlu faham
perkara-perkara di atas terlebih dahulu. Bukan apa, risau anda yang masih baru
tiba-tiba masuk kelas menjahit, apa yang cikgu ajar agak sukar untuk anda
terima. Pastikan anda sudah ada basic bagi memudahkan anda
agar tidak blur semasa di dalam kelas. Ada yang cakap "saya tak bolehlah
nak faham jika rujuk video", "video yang diajar kurang jelas"
dan lain-lain. Jika anda rasa rujukan yang diberi tidak memuaskan anda, cuba
cari tutorial lain sehingga 100% buat anda faham. Bukan hanya merungut dan
minta disuap segala ilmu. Anda nak berjaya, anda perlu usaha!
6. Rajin "try and error"
Seperti admin kata, nak berjaya perlu usaha. Jadi, kalau
anda nak cepat-cepat pandai menjahit anda perlu rajin tengok tutorial, membaca
dan sebagainya. Jangan rajinkan diri merungut dengan ihsan ilmu orang lain
beri. Bila dah jumpa tutorial yang mudahkan anda untuk faham, teruskan belajar.
orang kata CUBA TRY TEST. Ilmu tanpa amal itu adalah sia-sia sahaja. Cari
tutorial yang betul-betul membantu anda walaupun anda terpaksa mencari
berbulan-bulan.
7. Jangan Sombong & Berlagak
Ada sahaja sesetengah Newbies yang sombong
dan belagak semasa nak belajar menjahit. Belum ada basic, dah belagak nak
belajar jahit yang susah-susah. Bukan tak boleh, tapi anda perlulah tahu level
mana anda sekarang dalam bidang jahitan? Kenapa kena bermula dari susah? Bila
susah anda sendiri merungut. Orang dah memudahkan, anda yang nak susah.
Bila anda dah start faham yang basic, bolehlah
perlahan-lahan belajar yang lain. Ni pegang mesin jahit pun tak pandai, ada
hati nak belajar buat baju kepok-kepok. Hihi. Bila dah pandai, dah pro. Masa
tu lah anda boleh pulun ambil tempahan baju raya ke, tempahan baju kahwin ke
dan sebagainya. At least, niat anda untuk menambah income keluarga tu
tertunai.
Bermulalah dari bawah. Insha Allah, lama kelamaan ilmu yang
kita terima dapat kita gunakan di masa akan datang. Ingat! Jangan pernah
kedekut ilmu dengan orang.
Anda berminat nak tahu lebih lanjut tentang kelas belajar menjahit ini???
Cara Mudah untuk mengetahui details lanjut atau nak membuat pembayaran yuran:-
1. Whatsapp: Kelas Belajar Jahit
2. Panggilan Telefon: 016-3720578
3. Email: kaylarafycreation@gmail.com
Daftar Sekarang! Hubungi Team Khidmat Pelanggan kami hari ini untuk mendapatkan info-info berkenaan kelas, benang dan lain-lain
Comments
Post a Comment