MODUL BAHARU: Kelas Belajar Jahit bersama Pereka Fesyen


Assalamualaikum/Hi,

Alhamdulillah di ucapkan ke hadrat Illahi kerana memberi peluang kepada pihak Kaylarafy Creation dalam membantu golongan suri rumah, pelajar dan ibu-ibu di luar sana belajar menjahit sehingga mampu membuat side income mereka sendiri.

Pihak kami rasa sangat teruja dapat membantu lebih ramai kaum wanita/ sesiapa sahaja yang ingin mempelajari ilmu jahitan. Bagi memenuhi permintaan pelajar/bakal pelajar, Kaylarafy Creation telah update modul-modul kelas jahitan terbaru untuk anda semua di luar sana. 


KELAS JAHITAN BERSAMA PEREKA FESYEN:


1) Blaus Mudah (Asas) 

- Terdapat 2 kali kelas yang perlu dihadiri. Setiap satu kelas adalah selama 3 jam sahaja. Yuran yang dikenakan hanya serendah RM 150 sahaja.



2) Palazo (Asas) 

- Kelas ini juga hanya memerlukan 2 kali sahaja untuk anda hadir dan dijalankan selama 3 jam. Yuran dikenakan hanya serendah RM 150 juga.



3) Skirt (Asas) 


- Anda juga hanya perlu hadiri kelas belajar menjahit skirt sebanyak 2 kali sahaja selama 3 jam bagi satu kelas. Yuran yang kami kenakan sebanyak RM 150. 


4) Baju Kurung Tradisional / Pahang (Asas)

- Bagi kelas ini, anda perlu hadir sebanyak 5 kali sehingga siap satu pakaian juga selama 3 jam. Yuran dikenakan tidak lah terlalu mahal iaitu serendah RM 350 sahaja


5) Baju Kurung Modern (Asas) 

- Untuk kelas kurung modern perlu hadir lebih banyak dari kelas kurung tradisional kerana agak sukar iaitu sebanyak 8 kali. 1 kali kelas hanya selama 3 jam sahaja. Yuran dikenakan sebanyak RM 400 sahaja. 

6) Baju Melayu (Asas) 

- Bagi kebanyakkan tukang jahit, untuk menjahit pakaian lelaki ini agak sukar jadi anda perlu hadir sebanyak 10 kali untuk menyiapkan satu set pakaian baju melayu ini selama 3 jam juga. Yuran kami kenakan sebanyak RM 500.


7) Jubah / Dress (Asas) 

- Jumlah untuk anda hadir ke kelas ini sama banyak seperti kelas belajar menjahit Baju Melayu iaitu sebanyak 10 kali kelas. 1 kali kelas anda hadir selama 3 jam. Anda hanya perlu membayar RM 450 untuk sertai kelas ini. 



Anda berminat nak sertai kelas belajar jahit bersama pereka fesyen kami??

Cara Mudah untuk mengetahui details lanjut:-

1. Whatsapp: Kelas Belajar Jahit
2. Panggilan Telefon: 016-3720578
3. Email: kaylarafycreation@gmail.com

Daftar Sekarang !! Hubungi Team Khidmat Pelanggan kami hari ini untuk mendapatkan info-info berkenaan kelas, benang dan lain-lain

Comments