IKUTI 4 LANGKAH INI UNTUK MENJAHIT SECARA SELF-TAUGHT


Sesetengah orang amat sukar untuk mencari pakaian sama ada online mahupun beli di butik-butik pakaian yang bersesuaian dengan tubuh mereka. Bila dah berkenan, ada sahaja masalah lain seperti fabrik tak sedap, harga terlalu mahal dan banyak lagi. Masalah ini sedikit sebanyak pasti membuat anda teringin untuk belajar menjahit sendiri. 

Kalau diikutkan, zaman teknologi ni banyak dah maklumat-maklumat tentang jahitan yang dishare oleh orang ramai. Tapi, tak ramai yang betul faham tentang maklumat yang diberi. Dah kalau betul kita minat nak belajar, kenalah bersusah dahulu baru bersenang-senang. 

Hari ni, admin nak share 4 tips untuk belajar secara self-taught atau belajar sendiri:


1) Kenali Alatan Menjahit

Buat anda yang baru nak mula belajar, keliru alatan dan keperluan apa yang anda perlu ada untuk mula menjahit, dekat sini ada beberapa bahan yang admin nak share. Bagi admin, ia sangat penting kerana tak semua orang betul-betul mengenali alatan menjahit. Lepas dah survey tu, jangan lupa beli pula.

Pita Ukur: Untuk mengukur ukuran badan atau kain bahan

Kain Fabrik: Kain fabrik sangat lah penting bagi anda yang nak belajar menjahit. Tak jadi baju lah kalau kain anda tak sediakan. Untuk beginner, disarankan menggunakan fabrik seperti cotton

Gunting: Ada dua jenis gunting yang anda perlu ada iaitu gunting kertas dan gunting kain. Kalau guna gunting yang sama untuk menggunting kertas dan kain, kemungkinan mengakibatkan gunting jadi tumpul. 

Seam Ripper: Memotong atau membuang benang jahitan yang salah pada kain anda.

Pembaris: Bagi membantu anda mengukur garisan atau ukuran untuk membuat pola atau pada kain.

Jarum Jahit: Terdapat pelbagai jenis saiz. Kegunaannya bagi menjahit jahitan jelujur atau sebagai sentuhan akhir hasil jahitan bagi menampakkan kekemasan pada pakaian.

Benang: Ini juga antara alatan yang anda wajib ada kerana tanpa ia anda tak boleh mulakan menjahit. Terdapat pelbagai jenis warna dan saiz juga, boleh disesuaikan mengikut warna pada kain anda. 

Roda Surih dan Kertas Karbon: Mengukur dan menanda pola pada kain fabrik sebelum di potong. 

Kapur / Pensil: Direka untuk membuat tanda sementara pada kain jahitan. Pensil boleh gunakan pensil mekanikal. (jika perlu)

Jarum Peniti: Bagi membantu menyambungkan kain untuk sementara sebelum di jahit atau melekatkan pola untuk sementara pada kain sebelum digunting. 

Mesin Jahit: Mesin jahit memang sangat penting untuk menjahit terutama bagi yang mampu. Namun, untuk anda yang beginner dan tak pandai pun guna mesin jahit, digalakkan untuk hold dahulu dan jahit sahaja secara menggunakan tangan. Jika anda sudah mahir, boleh saja teruskan dengan membelinya. 

2. Belajar menjahit lurus, melingkar dan mengunci jahitan dengan mesin jahit.

*Bagi yang masih tidak memiliki mesin jahit, boleh skip langkah kedua ini. 

Mungkin sesetengah orang menganggap jahitan lurus ini sangat mudah tapi tidak lah semudah hanya dengan menekan pemijak mesin jahit sudah boleh menjahit. Mungkin hasil yang anda lakukan tidak kemas. Jika begitu, cuba dahulu dengan menggunakan kertas atau kain perca yang sudah tidak diguna untuk percubaan anda untuk belajar. 

Belajar dengan membuat garisan lurus, melingkar atau zigzag pada kain / kertas bagi membantu anda melancarkan cara penggunaan mesin dari perlahan kepada cepat bagi membantu melihat kekemasan jahitan anda. Jika anda rasa anda sudah mahir menjahit pada kain / kertas yang mempunyai garisan, latih pula menjahit tanpa ada garisan untuk diikut. Setelah itu, jangan lupa tukar jarum jahitan anda sebelum mulakan menjahit pakaian baru kerana jarum jahitan juga mudah tumpul dan mungkin akan merosakkan kain bahan anda. 

3. Gunakan kain sedia ada dan secara perlahan.

Untuk beginner seperti anda, digalakkan belajar menjahit jahitan yang mudah seperti jahit sarung bantal, sapu tangan, dompet dan sebagainya. Bila anda dah ada kemahiran sedikit, boleh upgrade ke pakaian yang simple seperti blaus. 

Tak tahu cara nak draf pola? Sekarang ni banyak dah blogger atau tukang jahit yang share ilmu-ilmu pola di social media. Anda hanya perlu cari sahaja. Seperti kami, ada menjual EBook untuk Pola Jahitan Asas pakaian. Jika anda dah benar-benar mahir, boleh belajar pelbagai jenis pola yang ada.
Carilah sumber rujukan yang betul-betul dapat membantu anda belajar menjahit seperti Youtube mahupun group menjahit di Facebook. 

4. Buat Latihan secara konsisten.

Untuk yang terakhir ini sangatlah penting kerana tak semua orang betul-betul berjuang untuk belajar sesuatu ilmu yang baru. Ada juga yang sudah berbelanja beratus ringgit masuk ke kelas tetapi hanya sekerat jalan dan akhirnya membiarkan saja ilmu itu tanpa di asah. 

Cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan menjadikan ia sebagai hobi masa lapang anda. Berlatih mencuba beberapa jahitan baru atau pattern yang anda idam-idamkan untuk jahit sendiri. Bila dah pandai menjahit pelbagai pattern, mungkin anda boleh mencuba pula diluar kotak minda anda seperti membuka perniagaan menerima tempahaan dari sahabat terdekat atau keluarga untuk percubaan sebelum mengembangkannya. 

Belajar untuk terima kritikan customer agar anda dapat menambahbaikan lagi hasil jahitan anda. Orang putih kata "Learn From Mistake". 

Selalu rapikan tempat menjahit ada setelah selesai menjahit, bila perlu hias la ruang atau meja menjahit kamu senyaman kamu memandang. Dengan begitu akan menambah semangat kamu buat menjahit.

Itu sahaja tips-tips yang admin dapat share untuk hari ini. Semoga sedikut sebanyak maklumat yang admin beri dapat membantu anda. 


Anda berminat nak sertai kelas belajar jahit bersama pereka fesyen kami??

Cara Mudah untuk mengetahui details lanjut:-

1. Whatsapp: Kelas Belajar Jahit
2. Panggilan Telefon: 016-3720578
3. Email: kaylarafycreation@gmail.com

Daftar Sekarang !! Hubungi Team Khidmat Pelanggan kami hari ini untuk mendapatkan info-info berkenaan kelas, benang dan lain-lain

Comments